Last night in the states

Posted: June 11, 2013 in Uncategorized

bismillah.

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhingga yang mampu aku nikmati hingga saat ini. Malam ini merupakan malam terakhir aku berada di the United States of America. Hati berdebar-debar tidak tahu mengapa. Mungkin hati telah terlalu terikat kepada negara yang dikatakan musuh islam ini, ironinya negara ini terlalu banyak mengajar erti kehidupan. Kita buang yang keruh kita ambil yang jernih.

Aku bersyukur kerana diberi nikmat persahabatan yang sungguh manis sepanjang waktu aku berada di sini. Banyak yang aku belajar yang sahabat-sahabat di Stevens Inst of tech ni. Terkadang tu, memang lah pedih dengan teguran, tapi tidak dinafikan diri ini seorang manusia yang tidak pernah terkecuali dari salah dan silap serta dosa. Langkah pertama ke arah memperbaik diri adalah dengan mengakui kelemahan. Ini adalah kali pertama aku bersama rakan-rakan lebih dari dua tahun. Mana tidaknya, hidup aku sebelum ini berpindah randah, tidak berpeluang mempunyai rakan-rakan yang mampu aku kenal seperti keluarga sendiri. Tanpa sahabat-sahabat sekalian, tidak mampu aku bayangkan jalan cerita yang lebih menarik dalam perjalanan hidupku.

Perasaan bercampur yang tidak mampu aku nafikan impaknya kepada jantung fizikalku. Terasa semput pun ada. 3 tahun tidak pulang ke tanah air. Mungkin aku tidak mampu membayangkan kejutan apa yang bakal menimpa aku setibanya aku di Malaysia.

Akhir sekali, ya Allah, aku mengucap syukur kepadaMu kerana memberi aku peluang menikmati jalan hidup yang indah ini. Jauhkan aku dari kelalaian dunia. Jadikan nikmat-nikmatMu ini, pada pandangan aku, suatu tanda kebesaran kekuasaanMu. Teringat kata seorang murabbi, kita bersyukur bukan dengan hanya mengucap “Alhamdulillah”, sebaliknya kita tunjuk tanda syukur dengan meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah swt. Wallahua’lam

Sekian, minta doakan keselamatan perjalanan pulangku.

abom

Advertisements

Nikmat Apa Pun

Posted: April 27, 2013 in Uncategorized

Bismillah

Manusia memberi pertolongan secara langsung. Dapat dilihat bentuk pertolongan yang diberi atau diterima. Apabila saudara kita di Palestin memerlukan bantuan kewangan, maka akan ada yang menghulurkan bantuan kewangan. Kalau ada yang memerlukan sokongan moral, akan ada yang memberi nasihat dan sokongan moral. Kalau ada yang memerlukan bantuan fizikal, akan ada yang datang dengan kekuatan fizikal. Dengan cara itu, mudah untuk manusia sedar pertolongan yang diperlukan. Mudah untuk manusia sedar apa yang perlu dihulur. Dan mudah juga untuk manusia berterima kasih kepada yang memberi.

Pertolongan dari Allah pula adalah berbeza. Tidak seperti manusia, Allah Maha Mengetahui keperluan hambaNya. Manusia memberi dengan batasan ilmu manusia. Jika kewangan yang  diperlukan, maka itulah yang kita pinta. Oleh sebab itu, pertolongan Allah kadang kala tidak dapat dilihat secara terus.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”(2:216)

 

Adapun seorang hamba meminta dimurahkan rezeki, bukanlah kemurahan rezeki yang terbaik buat hambaNya itu pada ilmu Allah. Maka tanpa hamba itu sedar, Tuhannya telah meniupkan semangat yang kental menghadapi ujian rezeki itu. Dan disitu sudah tentu ada pahalanya. Kemudian dipermudah segala urusan keluarga, diberikan zuriat yang soleh dan solehah. Dengan belajar erti penat lelah anak-anaknya akhirnya berjaya dalam pelajaran seterusnya menyumbang kembali kepada keluarga. Boleh jadi dalam pengetahuan Allah, memberikan rezeki yang melimpah ruah pada awalnya akan melalaikan si bapa. Maka tidak terjadilah pengakhiran yang baik yang telah dirancang oleh hambaNya yang banyak berdoa.

Mengetahui hakikat ini, kita sering lalai dan lupa dalam mengingati nikmat Allah. Pertolongan Allah adalah yang terbaik, walau pertolongan tersebut tidak berbentuk terus dan langsung. Ada waktunya kita perlu duduk  bermuhasabah diri memikirkan segala nikmat yang dikurniakan. Lalu kita sedar nikmat tersebut tidak lain tidak bukan adalah koleksi doa-doa kita yang telah dimakbulkan. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Ar Rahman Ar Rahim, Allah yang menyandang gelaran Maha Pemurah Maha Pengasih. Doa kita ke arah kebaikan pasti dimakbulkan. Percaya kepada Allah.

Wallahua’lam

 

Hubungan kita?

Posted: April 8, 2013 in Uncategorized

bismillah,

Memang benar kitalah yang perlu kepada tarbiyyah. Bahawa tarbiyyah itu tidak akan mengejar kita kerana ramai lagi yang mahukan tarbiyyah. Tarbiyyah itu adalah sesuatu yang bersifat berterusan hingga waktu kita meninggalkan dunia. Dan tanpa tarbiyyah kita akan lebih mudah hanyut dek tarikan nafsu dunia. Tarbiyyah itu adalah segala-galanya.

Benar, tetapi jangan sampai kita beranggapan bahawa tarbiyyah itulah satu-satunya alat ke arah kebaikan. Akan sampai satu masa dimana kita akan tersibuk dan tidak mampu memberi komitmen kepada tarbiyyah itu. Pada ketika itu, adakah itu menjadi alasan untuk kita lalai dalam hubungan kita dengan Allah? Adakah apabila iman kita turun dalam minggu yang tidak dapat diadakan halaqah, kita akan menyalahkan murabbi dan naqib yang terpaksa outstation atau ada hal keluarga?

Mari sama-sama kita kembali kepada perkara paling asas? Mengapa kita sibuk menghadiri dan membuat halaqah setiap minggu? Kenapa kita sibuk memperkatakan soal D&T(dakwah dan tarbiyyah) dan sebagainya? Tidak lain tidak bukan adalah kerana kita mahu mengajak pertama-tamanya diri sendiri, keluarga, dan masyarakat membina hubungan yang kuat dengan Allah swt. Itulah tujuan akhirnya yang kita sentiasa perlu ingat. Dalam apa jua ibadat yang kita lakukan, perlu kita pasangkan niat mudah-mudahan ibadat tersebut membawa kita dekat dengan Allah swt. Kalaulah kita selalu ingat perkara ini, insyaAllah segala-galanya akan dipermudah oleh Allah swt.

Suka untuk saya kongsikan satu analogi yang menarik untuk menyokong perkongsian kita pada hari ini. Tanyalah kepada diri masing-masing yang sedang membaca, sejauh mana kita sayang ibu kita. Sejauh mana kita perlukan ibu kita. Sejauh mana kita rindu ibu kita bila lama tidak bersua. Timbulnya rasa sayang, perlu, rindu kepada ibu kita ini, menyebabkan kita sering menghubungi ibu tanpa perlu disuruh, Skype, phonecall, whatsapp, balik kampung dan sebagainya.

Adakah begitu hubungan kita dengan pencipta kita? Kalaulah kita sayang, perlu, dan rindu kepada Allah swt, sudah tentu kita tidak nantikan halaqah dan sebagainya. Kita dengan sendirinya akan menjaga hubungan tersebut sebagaimana hubungan dengan ibu kita. Bukan bermakna kita tidak perlu halaqah, tetapi kita manusia, halaqah itu sebagai satu alat untuk kita memperingat hati manusia yang mudah lupa dan lemah.

Allah lebih mengetahui.

Murabbi mutarabbi

Posted: March 13, 2013 in Uncategorized

Bismillah,

Salah satu ciri murabbi adalah berilmu pengetahuan. Jadi, menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita sentiasa menimba ilmu. Tetapi, dalam pada itu, jangan kita segan dan silu mengaku tidak tahu terhadap apa-apa persoalan yang kita tidak arif mengenainya. Mutarabbi yang bertanya tidak mengharapkan murabbi tahu setiap perkara. Mutarabbi yang hebat akan jatuh cinta sikap sang murabbinya yang jujur serta ikhlas dalam perjuangan. Untuk mendapatkan rasa hormat dari mutarabbi2, bukanlah dengan ilmu semata-mata, tetapi yang paling penting adalah hati yang ikhlas dan benar. Tidak perlu memaksa diri mengatakan sesuatu yang kita tidak tahu atau ada syubhah padanya, kerana dengan berbuat demikian, boleh hilang tsiqah murabbi dan mutarrabi.

Wallahua’lam

Posted: March 9, 2013 in Uncategorized

Ya Allah, bantulah aku mencari jalan yang lurus. Sungguh aku berusaha dan berdoa kepadaMu ya Allah dan aku tahu Engkau tidak akan mempersia-siakan doaku ni. Jauhkan aku dari bisikan syaitan. Sucikan lah hatiku ini. Tenangkan lah hatiku ini. Sungguh, tanpa izinMu, tiada siapa yang mampu memberi hidayah kepadaku. Tanpa izinMu juga tiada siapa yang mampu menghalang hidayahMu kepada hambaMu.

“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.” (81:29)

 

Wallahua’lam

Da’wah

Posted: March 4, 2013 in Uncategorized

Bismillah,

The best thing about being close to Allah is, you do not have to worry about anything. If you think that you have done the best in something, then all the goodness will come by itself, insyaallah. Even in dakwah, we should not have thought that the only way of giving dakwah is to initiate a liqa’ or a halaqah.

Yes liqa’ and halaqah are vital in the tarbiyyah system. Yes liqa’, daurah, mukhayyam, and muktamar are well organized and structure way of spreading the words of Allah. But remember, not everyone is actually in those systems. Therefore, it is crucial for us, not to narrow down our definition of dakwah just to all those methods that I have mentioned.

Instead, to reach all human being, it is crucial to think of dakwah as being honest and true to ourselves and to Allah. This way, the light of the deen will light up to all the people around you. Even when others just look at you without speak, their heart will be touched by the beuty of islam. Even when you do not speak about anything particular in islam, others will notice that this is something good that I want to follow. So the next time you speak, they already admire you with the help of Allah. Then, it will be much easier for you to spread the words through the tounge. Subhanallah, how beautiful this is. How perfect this is, the deen of Allah.

Wallahua’lam

Tawakkal

Posted: February 23, 2013 in Uncategorized

bismillah,

aku bangun pagi dan berfikir apa telah aku lalui smlm. Banyak input semalam, berkat jumaat mungkin. antaranya point dalam khutbah yang begitu terkesan di hati aku ni ialah konsep tawakkal kepada Allah. Tajuk ini sering dibincangkan dimana2 kerana konsep ini berkait rapat dengan ramai manusia. Perlunya kita untuk bertawakal apabila kita telah meletakkan segala kudrat ke atas sesuatu yang kita kira baik untuk diri kita. Kerana kita manusia, kadang2 hati kita menyoal mengapa kebaikan ini tidak datang kepada aku sedangkan aku telah mencuba sedaya upaya. Bisikan hati seperti inilah yang menjadi beban dalam hati manusia dan satu-satunya ubat adalah tawakkal kepada Allah. Dengan bertawakkal penuh kepada Allah sajalah, hati yang terbeban akan menjadi tenang. Bagaimana untuk tawakkal? Tawakkallah dengan menyerah sepenuh hati kepada Allah. Dan untuk mencapai tujuan itu, perlu kepada penghayatan dan ilmu islam:

“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)

Dan di dalam kitab Al Hikam karangan ibnu Athoilah, beliau mengatakan, apabila seorang hamba Allah memohon akan kebaikan buat dirinya, hanya akan dua perkara yang terjadi. Pertamanya, doanya akan dimakbulkan segera dimana pada kejadian seperti ini, Allah ingin menunjukkan kekuasaan diriNya kepada hambaNya yang meminta. Kedua, kebaikan yang dipinta ditangguhkan penurunannya kepada hamba yang meminta. Di dalam hal ini juga, Allah ingin menunjukkan kehebatanNya menerusi kemampuanNya menahan sesuatu dari sampai kepada hambanya. Dalam hal ini jugalah, seperti yang kita dapat lihat dalam ayat di atas, sesuatu yang kita fikirkan baik untuk diri kita itu, boleh jadi sesuatu yang tidak baik menurut ilmu Allah. Justeru, Allah akan menggantikan permintaan hambaNya itu dengan sesuatu yang lebih baik menurut ilmuNya yang mutlak. Jadi, dapat kita lihat disini, tiada kebaikan yang dipinta yang tidak akan sampai kepadaNya. Hanya waktu dan penilaian mutlak Allah yang akan menentukan.

Dalam kehidupan kita juga, bila kita mengimbau peristiwa2 yang lepas, sudah tentu kita akan berjaya menemukan  suatu musibah yang pernah terjadi. Fikirkanlah apa mungkin terjadi kepada diri kita ini jika musibah tersebut tidak ada dalam kamus hidup kita? Dan cubalah kita imbau kembali apa doa dan rayuan kita kepada Allah pada ketika itu. Sudah pasti kita akan terkejut, betapa kita tidak sedar dan tidak bersyukur kita dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Seolah-olah semua permintaan kita telah dimakbulkan dalam keadaan kita tidak sedar. Itulah Allah Maha Pengasih kepada hamba, walau kita sering alpa.

Dan melihatkan semua perkara ini, kenapa masih liat hati ini untuk tunduk menyerah sepenuhnya kepada Allah pada saat ini. Saat di mana kita digelisahkan dengan perkara perkara duniawi. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri, agama Allah ini diturunkan tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai rahmat untuk umat manusia. Tidak mungkin Allah akan menolak doa hamba-hambanNya yang meminta kebaikan kepadaNya. Jangan kita pernah berhenti berdoa kerana boleh jadi Allah telah jatuh cinta kepada hambaNya yang taat dan tidak pernah berputus asa berdoa kepadaNya, meski Dia tidak memakbulkannya serta merta. Percayalah kebaikan di akhirat itu jauh lebih indah dari kebaikan di dunia. Kebaikan di akhirat dimana Allah melepaskan seluruh baki 99% rahmat yang tidak disampaikan kepada hambaNya di dunia. Tidak akan terjangkau akal manusia hendak memikirkan hal tersebut.

Tawakkallah kerana itu ubat segala masalah.

wallahua’lam

MENANG!!!

Posted: February 20, 2013 in Uncategorized

bismillah

manusia itu pada fikrahnya dahagakan kepada kemenangan. kalau aku tanya korang, ape korang rasa pada suatu hari cuti, korang main game sampai lewat mlm, lepas tu esoknya bangun sampai pkul 2 petang..solat subuh pon terlepas?

aku rasa setiap manusia yang waras akan at least timbul rasa kesal dalam hati dia. aku rasa korang ni msti mantap2..xpernah kot pengalaman gitu..tp tu ekstrem punyer contoh la kan..contoh senangnya, pernah x korang lepas solat subuh, sambung tido sampai pkul 2…aku ngaku terkadang jadi gak benda ni kat aku..apa yang aku nak highlight, rasa bersalah yang timbul tu..haa??kenapa rasa bersalah ye..cuti kot..bukan ade homework yang nak kene siapkan pon..bukan ade benda penting nak kene buat pon..

itulah fitrah manusia, dia diciptakan bersama satu misi. secara mudahnya, aku cakap, misi tersebut ialah “kita hidup kerana nak capai sesuatu”..apa buktinya??? haaa!! ni ha ade bukti:

1. kalau korang penuhkan hari korang dengan siapkan assignment dan study untuk test, mmg la korang akan penat dan risau dengan exam esok hari, tapi ada x rasa bersalah mcm korang rasa bila xbuat pape dalam sehari? x kan?

2. kalau korang xbuat perkara berkaitan pelajaran pon, tp korang buat mende berfaedah, mcm basuh baju, kemas rumah, cuci tandas, korang akan rasa puas kan?? lepas tu rasa lega..haaa!! kenapa ye?

3. even korang xbuat pape di pagi hari, tp petang korang decide untuk buat sesuatu yang bermanfaat.  Paling simple la, pergi bersukan(main bola, squash, badminton, jogging, angkat berat :p), at least perasaan bersalah di pagi hari tu berkurang.. betol x???jeng2!

4. agaknya kenapa setiap game ade ranking untuk player terbaik???kalau main first person shooter punyer game, dia akan rank korang ikut bape ramai korang berjaya bunuh..kalau dota pon sama. Kalau game racing, sapa yang boleh bawak paling laju(lap time paling pendek) dikira top driver..kenapa ye??

5. xyah tgk fikir jauh2..ni ha..pointer time korang belajar tu ha??buat ape?? nak tgk pencapaian korang jugak kan??

kalau korang tgk sume “BUKTI_BUKTI”.. chewah, kat atas ni, korang akan sedar, manusia ni sememangnya dahaga nak capai sesuatu..lepas tu, bukan nak sekadar capai, tetapi juga nak capai terbaik, maksudnya nak jd NUMBER 1 Shooter/Killer/Racer/Student..hebat x hebat manusia ni..

oleh itu, kena lah kita halakan keinginan untuk menang kita ni ke landasan yang betul.. jadila best student ke? pemenang imam muda ke? juara akademi al quran ke? pemenang nobel prize ke??ape lg?? banyak la yang bermanfaat…jadi top gamer mmgla hebat, tp hebat dalam dunia game tu je la, bukan dunia realiti..jadi MENANG kan lah diri kita dalam sesuatu yang berbaloi untuk diusahakan dan dicapai.

Ni nak share ayat best ni..

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah KEMENANGAN yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)
Sesungguhnya Allah membeli dari orang orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan ALQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjunya selain Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah KEMENANGAN yang agung.” (61:10-12)

Pilihlah korang nak menang ape..

wallahua’lam

hentam saja lah!! :p

Posted: February 18, 2013 in Uncategorized

bismillah

orang kata, nak memulakan sesuatu perkara tu la yang paling susah. mmg terbukti disini bilamana lama aku merenung berfikir nak start tulis mcm mane ni, tp sbb aku nekad nk tulis sesuatu dan pada masa sama  tak nak buang masa, maka aku hentam la intro ni..so bare with me ok. haha

ok, hari ni kita cheatday la ye…malas la kontrol2 tatabahasa. aku hanya nak berinteraksi dengan sapa2 yg sudi jenguk2 blog hambar ni. aku personally mmg xkisah kalau blog ni xde reader sbb aku mmg anggap blog ni tmpt conteng2 ape yang bermain di fikiran ni. also, aku keep this as a journal. aku suka extract keluar any information yang aku gain, sbb aku rasa that way, aku lebih ingt..tu la sbb aku kdg2 random tazkirah kat sapa2..aku kisah pasal korang, tp aku lg kisah pasal diri aku..haha..sorry to say…

anyway, ape yang aku nak kongsi hari ni ye..hmm..berkenaan ilmu la..tertarik la dengan satu ceramah Yasir Qadhi yang aku dengan kat youtube.. dia ckp, dalam kita hendak mendekatkan diri kpada Allah ni, ada dua cara:

1. Penghayatan dalam amal ibadat (term yang dia guna spirituality)

2. Ilmu ttg agama (the knowledge)

First, “spirituality”. betul tak kalau aku ckp, kita akan rasa puas hati bila kita dapat solat dgn khusyuk?? Seolah-olah kita dapat markah 100% dalam solat kita Tu la die penghayatan dalam agama. “Khusyuk” tu bahasa arab die la kot..haha..anyway, yes, kita rasa seronok bila dalam setiap ibadat yang kita lakukan tu, kita rasa dalam benak hati kita, kita buat mmg kerana Allah. Mcm mane rasa “kerana Allah” tu ye?? Sama la rasa die mcm mane bila kita kasi hadiah kat mak ayah kita, adik beradik kita, crush kita, kita  tau tiada keraguan dalam niat kita bagi hadiah tersebut. Kita bagi hanya kerana certain2 orang tersebut. Tp yang special bila kita buat sesuatu kerana Allah ni, kita tidak nampak Dia, tp kita tau Dia ada. Kita tidak mampu mendengar Dia, tp kita tau Dia mendengar kita. Jadi perlu extra effort la nak penghayatan bila beribadat kepada Allah…ok, faham kot camne nak rasa dekat dengan Allah melalui penghayatan.

Secondly, haaa.. ni yang pelik ckit..second point ialah knowledge. Knowledge ni xlain dan xbukan adalah untuk kita tingkatkan kualiti spirituality yg kita bincang sebentar tadi. Jadi basically, boleh kata satu point je la nak dekatkan diri kepada Allah iaitu dengannnn KNOWLEEEEDGE. Kata sheikh lg, walaupun kadang2 kita boleh khusyuk just dengan fokus mengingati Allah dalam solat, kita masih perlukan ilmu2 pengetahuan untuk lebih khusyuk dalam solat. Sebagai contoh, bila kita ada knowledge hadis berikut:

Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibkan padanya.
Dan tidaklah hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku (setelah menjalankan yang wajib) dengan amal-amal sunnah sehingga Aku mencintainya.” Bukhari

insyaallah kita akan memikirkan “ooo, aku akan lebih dekat kepada Allah kalau aku solat zuhur ni”. Maka solat kita akan jadi mantap la sampai basah2 tempat sujud tu..hehehe.

Jd sbb tu la penting untuk kita korek ilmu agama ni..lagi2 yang fadhilat amal..mmg improve la grade kita dalam islam ni..Aku nak A+ Fastabiqul Khairat!

Ni lagi satu contoh, 5 kali sehari kita berwudhuk, msti semua korang dah expert dah ambik wuduk sampai boleh siap dalam seminit..tp kalau kita hayati satu hadis nabi dimana bila Rasulullah saw ditanya bagaimana baginda akan kenal umat baginda di padang mahsyar kelak. baginda menjawab umatnya mempunyai anggota wuduk yang akan bercahaya..pergh stylo, dah mcm superman, ironman ape lg ntah…jadi apa aku nak ckp kat cni, bila kita tau mende ni, for sure la kualiti penghayatan ibadah wuduk kita akan meningkat..

wokeh, senang tulis xfikir tatabahasa ni..haha…cis, sedih plak bila pikir xde reader pon bila dah tulis panjang2 ni..xpe2, insyaallah untuk peringatan diri sendiri..kalau ada yang baca tu “I LOVE U!” :p

sekian peringatan untuk aku

wallahua’lam

litaskunu ilaiha

Posted: February 6, 2013 in Uncategorized

in a short conversation

Me: im not going to continue study until i get married

Fulan: What???have you ever had a girlfriend??

Me: No

Fulan: Why dont you get one??

Me: i dont know! (“smiling”)

Lesson from the conversation – they view Islam as being oppressive to women, but they did not realized they have used women as a sex symbol, or even toy. If i were to be a women, i rather be being oppressed than being used as sex symbol..(while islam actually never oppressed women)

wallahua’lam